Karier Lu Yi

1999-2005

Untuk selama beberapa tahun mendatang selepas debutnya pada tahun 1999 dalam Never Dies Content, para audien mula mengenalinya. Tempoh masa ini merupakan tahun-tahun paling aktif dalam kehidupan karier Lu. Lu telah mengambil bahagian dalam 14 siri TV dan filem, dan semua siri TV dan filem itu menarik perhatian ramai orang di China. Dia bukan sahaja menerbitkan dua buah buku,[3][4] tetapi juga melancarkan dua buah album[5][6] dalam tempoh masa ini. Pada tahun 2004 dan 2005, Lu memenangi tempat ke-13 dan ke-11 dalam Senarai Selebriti China Forbes.[7] Movienya, Seven Swords menjadi movie pembukaan di Festival Filem Venice pada tahun 2005. Pada tahun yang sama, Seven Swords mendapat tujuh pencalonan di Kuda Emas, dan dua pencalonan di Anugerah Filem Hong Kong.

2006

Pada tahun 2006, dia mengahwini aktres Bao Lei.[8] Mereka adalah rakan sekelas ketika belajar di Shanghai Theatre Academy, dan saling mengenali lebih daripada 10 tahun.[9] Lu mengambil cuti selepas perkahwinannya.

2007-kini

Lu kembali dari percutiannya pada tahun 2007, dan dia memegang watak dalam filem-filem seperti Anna&Anna, Fit Lover, Tangshan Dadizhen[10] dan sebagainya. Pada tahun 2010, movienya, The Stool Pigeon mendapat empat pencalonan di Anugerah Filem Hong Kong. Pada tahun berikutnya, satu lagi movienya, Three Kingdoms,[11] memenangi dua anugerah di Korea dan Jepun. Lu sentiasa aktif di layar perak filem dan siri TV sehingga kini.